8,631 anak kapal jalani saringan Covid-19
KEMAMAN - Seramai 8,631anak kapal termasuk 1,825 kru dari negara dilanda pandemik koronavirus (Covid-19) telah menjalani proses saringan di pintu masuk antarabangsa (PMA) Tanjung Berhala (Pelabuhan Kemaman) dan PMA Pelabuhan Kerteh di sini.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, hasil saringan kesihatan ke atas semua anak kapal mendapati mereka semua sihat dan tidak membawa virus itu.
Menurutnya, proses saringan itu adalah prosedur wajib dilakukan bagi kapal dari luar negara yang berlabuh di sini.
"Proses saringan kesihatan ini telah menjadi rutin bagi anak kapal dari luar negara malah proses saringan khusus untuk ujian Covid-19 ini telah pun dijalankan sejak Januari lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!