Pulangkan PATI, pelarian ke negara asal mereka
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) tidak mahu negara ini menjadi 'syurga' pendatang asing sehingga generasi akan datang sukar mencari rezeki di tanah air sendiri.
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, lambakan PATI di seluruh negara termasuk Sabah dan Serawak semakin membimbangkan sehingga mengundang pelbagai masalah termasuk penyakit, gengsterisme, peniaga haram dan jenayah.
"Jika kerajaan sayangkan negara dan menghormati rakyat, jalankan operasi bersih PATI dan pelarian yang ada, pulangkan mereka ke negara asal.
"Kos sara hidup rakyat masih gagal ditangani yang sebahagian hasil telah dicuri oleh PATI. Rakyat Malaysia adalah tuan tanah di negara ini bukan warga asing yang kian membiak," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, menangani isu warga asing tidak salah namun ada hadnya bukan sehingga kedaulatan negara digugat dan dipandang hina.
"Membantu bukan sehingga menjejaskan hak rakyat yang berdepan isu jenayah yang semakin berleluasa, malah cukai dibayar rakyat turut dibazirkan melalui subsidi secara tidak langsung dinikmati bukan warganegara.
Katanya, masalah warga asing tidak pernah selesai walaupun negara telah berubah tampuk kepimpinan dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) dan kini Perikatan Nasional.
"Ketika kerajaan dan rakyat sibuk berganding bahu melawan Covid-19, masih ada yang mahu menyeludup masuk ke negara ini, "katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!