Rusia rekodkan lebih 10,600 kes jangkitan baharu

Seorang kakitangan perubatan mengambil sampel daripada seorang individu di kemudahan ujian pandu masuk Covid-19 di Moscow. - FOTO: AFP
Seorang kakitangan perubatan mengambil sampel daripada seorang individu di kemudahan ujian pandu masuk Covid-19 di Moscow. - FOTO: AFP
A
A
A

MOSCOW - Rusia hari ini merekodkan lebih 10,600 kes jangkitan baharu koronavirus (Covid-19) yang menyaksikan peningkatan angka harian dalam tempoh 24 jam.

Pihak berkuasa memaklumkan jumlah keseluruhan kes dicatatkan di negara itu kini mencecah 134,687 kes sekali gus menjadi negara Eropah paling banyak merekodkan jumlah kes jangkitan baharu ketika ini.

Bagaimanapun, kadar kematian negara itu masih rendah berbanding Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat (AS).

Sebanyak 58 korban baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini mencecah 1,280 orang.

Walaupun terdapat peningkatan jumlah kes, pemerintah memaklumkan ia akan melonggarkan sekatan secara berperingkat bermula 12 Mei ini, namun langkah tersebut bergantung kepada situasi di wilayah terlibat. - AFP

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!