Mahkamah Agung Israel tentukan nasib Netanyahu

BENJAMIN NETANYAHU
BENJAMIN NETANYAHU
A
A
A

TEL AVIV - Mahkamah Agung Israel hari ini memulakan sidang selama dua hari untuk menentukan sama ada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang berdepan tuduhan rasuah dibenarkan untuk membentuk kerajaan baharu.

Sidang itu diadakan selepas beberapa kumpulan termasuk parti pembangkang memfailkan petisyen supaya membatalkan perjanjian kerajaan perpaduan bersama Benny Gantz dan melarang beliau daripada memimpin kerajaan.

Sebagai respons kepada tuntutan itu, Peguam Negara, Avichai Mandelblit berkata, tiada alasan undang-undang yang kukuh untuk menyingkirkan Netanyahu.

Keputusan yang tidak berpihak kepada Netanyahu dijangka menyebabkan pilihan raya awal untuk kali yang keempat sejak April 2019. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!