Kes positif Covid-19 di Pakistan cecah lebih 20,000, 457 maut
ISLAMABAD- Jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) di Pakistan melonjak kepada 20,084 dengan 457 kematian, lapor agensi berita Xinhua, menurut Kementerian Kesihatan pada Ahad malam.
Berdasarkan statistik, 7,494 kes dicatatkan di timur wilayah Punjab, 7,465 di selatan wilayah Sindh, 3,129 di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa, 1,172 di barat daya Punjab dan 393 di Islamabad.
Dalam tempoh 24 jam lalu, 17 orang maut dengan 981 kes baharu, kata kementerian.
Setakat ini, sebanyak 203,025 saringan Covid-19 telah dilakukan dan seramai 5,114 pesakit discaj.
Jumlah kes terus meningkat walaupun Pakistan masih di bawah perintah sekatan pergerakan selama enam minggu berturut-turut.
Bercakap kepada wartawan, Menteri Perancangan, Pembangunan dan Inisiatif Khas Asad Umar berkata keputusan melonggarkan sekatan pergerakan akan dibuat dengan mengambil kira persetujuan semua wilayah, selepas 9 Mei.
"Keputusan akan diambil tanpa melumpuhkan sistem rawatan kesihatan kita," kata menteri itu, sambil menambah sekatan pergerakan akan dilonggarkan secara bertahap untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!