'Henti lockdown, tubuh saya pilihan saya'

20 individu yang hadir dalam protes tersebut. Kredit foto Metro.Co.Uk
20 individu yang hadir dalam protes tersebut. Kredit foto Metro.Co.Uk
A
A
A

SCOTLAND YARD - Seramai 20 orang penunjuk perasaan anti-lockdown berkumpul di hadapan ibu pejabat polis Metropolitan, Westminster Sabtu lalu memprotes penguatkuasaan perintah berkurung yang dilaksana oleh kerajaan.

Menurut Metro.Co.Uk, mereka berkumpul dan menaikkan plakad bertulis 'Hentikan perintah berkurung', 'Tubuh saya pilihan saya,' dan beberapa tulisan lain.

Tidak cukup dengan itu mereka turut bertindak memeluk antara satu sama lain (pelukan secara berkumpulan) sebagai tanda protes.

Mereka merupakan golongan anti vaksin dan segelintirnya merupakan ahli teori konspirasi yang menyatakan wabak koronavirus (Covid-19) disebarkan oleh 5G.

Salah seorang daripada mereka ditahan kerana melakukan serangan terhadap polis.

Jurucakap polis berkata, mereka menyedari sebilangan kecil penunjuk perasaan yang berkumpul di New Scotland Yard pada jam 11.30 pagi Sabtu.

"Pegawai hadir dan berkomunikasi dengan penunjuk perasaan berkenaan. Kumpulan itu kemudiannya bersurai. Seorang lelaki ditangkap kerana tidak mematuhi arahan polis dan menyerang polis," jelasnya.

Pelaksanaan perintah berkurung di United Kingdom mengarahkan rakyat yang tidak bekerja hanya keluar dari rumah untuk ke kedai dan tujuan perubatan.

Artikel Berkaitan:

United Kingdom sehingga hari ini mencatatkan sebanyak 187,000 kes koronavirus (Covid-19) yang mengakibatkan 28,446 kematian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!