Jom beli makanan panas di Lazada!
Bulan puasa tahun ini sangat berbeza, seperti tiada serinya apabila tiada jualan juadah terbuka - tiada bazar Ramadan!
Semua ini gara-gara Pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut melibatkan penutupan bazar Ramadan di Malaysia.
Apa pun kesukaran yang dilalui, selera berbuka tetap on! Jangan patah semangat, Lazada kan ada.
Lazada mencatat sejarah apabila menyediakan menu berbuka untuk pelanggan-pelanggannya. Lazada menyantuni para pelanggan sepanjang Ramadan ini dengan menyediakan pesanan makanan panas dalam talian.
Pesan sebelum jam 2 petang, makanan kegemaran anda akan sampai ke tangan sebelum waktu berbuka. Mudah dan berbaloi! Jika anda menempah selepas jam 2 petang, pesanan akan dihantar pada hari berikutnya.
Jangan ragu-ragu, Nikmati Cita Rasa Ramadan bersama Lazada menerusi pembelian di ‘Selera Lazada’ sekarang.
Tempah menu yang anda suka!
Apa yang menarik, Selera Lazada menawarkan menu di luar jangkaan anda.
Bayangkan roti john, putu piring, martabak, kuih-muih tradisional seperti kuih lopes, onde onde, pulut serunding dan banyak lagi boleh anda pesan hanya di hujung jari!
Jangan susah hati jika anda tiba-tiba teringinkan nasi kerabu atau nasi arab tetapi tidak mahir memasak, pesan sahaja di Selera Lazada. Jika lokasi pesanan anda diterima, anda boleh nikmati semahunya.
Lazada menyenaraikan menu paling laris menerusi lima peniaga paling top iaitu Bazaar Abang Syed, Putu Piring Abah, Cik Sue Lopes Pandan. NZ Roti John dan Chef Ammar Xpress Souk.
Pelbagai tawaran harga menarik disediakan peniaga mengikut jenis makanan dan pemberian baucar diskaun. Anda boleh terus masuk ke pautan di bawah untuk membuat pilihan menu dan memesan di gerai kesukaan anda. Jom tengok apa ada di lima gerai terlaris ini!
Bagaimana hendak memesan?
Anda juga boleh terus ke pautan Lazada dan ikuti turutan arahan di bawah untuk membuat pesanan:
Sebenarnya, banyak lagi yang ditawarkan oleh Selera Ramadan. Jadi, apa tunggu lagi, layari www.lazada.com.my sekarang! Patuhi PKP, duduk di rumah dan buat pesanan dalam talian. #LazadaTemanYou!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!