38 pasangan di Alor Setar diberi kebenaran nikah sepanjang PKP

Nurul Allia Ezzati dan pasangan, Mohd Azran (kiri) serta Nurul Ainna dan pasangan, Fairuzfaiz Faiq (kanan) antara 38 pasangan yang dibenarkan bernikah di Alor Setar sepanjang PKP ini.
Nurul Allia Ezzati dan pasangan, Mohd Azran (kiri) serta Nurul Ainna dan pasangan, Fairuzfaiz Faiq (kanan) antara 38 pasangan yang dibenarkan bernikah di Alor Setar sepanjang PKP ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Pejabat Agama Daerah Kota Setar memberikan kebenaran kepada 38 pasangan di daerah ini bernikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, sebanyak 118 pasangan dari dalam dan luar daerah Kota Setar dibenarkan untuk bernikah, namun sebanyak 77 pasangan tidak bersetuju, 38 pasangan bersetuju dan tiga lagi pasangan tidak memberikan sebarang kata putus.

Menurutnya, sebanyak 115 pasangan telah dinikahkan sebelum 23 Mac lalu sebelum kerajaan tidak membenarkan akad nikah dilakukan ketika PKP dan 35 pasangan lagi memohon bernikah di luar negeri ini.

"Sebanyak 29 pasangan telahpun dinikahkan dan semua majlis akad nikah diadakan di Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Hanya kedua-dua pasangan dan wali sahaja dibenarkan masuk semasa majlis berlangsung," katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Nurul Allia Ezzati dan pasangan Mohd Azran (kiri) serta Nurul Ainna dan pasangan Fairuzfaiz Faiq (kanan) menunjukkan sijil kahwin masing-masing selepas dinikahkan di Pejabat Agama Daerah Kota Setar hari ini. Turut kelihatan Syeikh Ahmad Faisol (duduk, kanan).
Nurul Allia Ezzati dan pasangan Mohd Azran (kiri) serta Nurul Ainna dan pasangan Fairuzfaiz Faiq (kanan) menunjukkan sijil kahwin masing-masing selepas dinikahkan di Pejabat Agama Daerah Kota Setar hari ini. Turut kelihatan Syeikh Ahmad Faisol (duduk, kanan).

Ahmad Faisol berkata, sebanyak 268 pasangan telah membuat permohonan untuk bernikah bermula Mac sehingga Jun ini.

Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) semasa proses pernikahan pula, pasangan dan wali turut diwajibkan memakai topeng muka.

Menurutnya, mereka juga perlu melepasi ujian suhu badan, menjaga penjarakan sosial selain mematuhi susun atur kedudukan majlis yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dua pasangan adik-beradik, Nurul Allia Ezzati Md Lutfi, 26, dan Nurul Ainna, 23, bersyukur kerana majlis pernikahan mereka bersama Mohd Azran Elyas, 28, dan Fairuzfaiz Faiq Fairuzi, 23, dapat disempurnakan selepas majlis yang sepatutnya diadakan pada 3 April lalu ditunda hari ini.

Menurut Nurul Ainna, dia dan kakaknya sedikit terkilan kerana ahli keluarga yang lain tidak dapat bersama memeriahkan hari bahagia mereka, namun atas faktor keselamatan dan kesihatan, perasaan tersebut perlu diketepikan.

"Bagi majlis kenduri nanti sudah tentu akan diadakan selepas tamat PKP. Saya dan kakak akan membincangkan perkara ini bersama keluarga untuk menentukan tarikh paling sesuai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!