Enam lokasi PKPD di KL tamat semalam

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dijalankan di enam lokasi di ibu negara sebelum ini ditamatkan sepenuhnya semalam. - Foto Bernama
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dijalankan di enam lokasi di ibu negara sebelum ini ditamatkan sepenuhnya semalam. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dijalankan di enam lokasi di ibu negara sebelum ini ditamatkan sepenuhnya semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokasi-lokasi tersebut adalah di Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion, kawasan sekitar Jalan Masjid India, Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.

"Bagaimanapun bagi PKPD Pusat Bandar Utara, KualaLumpur, hanya Parcel A dan B yang meliputi Jalan6/3A dan 9/3A, serta Pasar Borong Kuala Lumpur akan tamat pada hari ini.

"Bagi Parcel C, D, E1, E2, E3 dan F, PKPD Pusat Bandar Utara ia akan dilanjutkan sehingga 12 Mei ini atas nasihat Kementeri Kesihatan (KKM)," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!