Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan

Plaza Tol PLUS
Plaza Tol PLUS
A
A
A

PUTRAJAYA - Pergerakan rentas negeri buat pada masa ini masih dalam senarai tindakan yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, pengecualian bagi tempoh empat hari diberikan iaitu bagi mereka yang terkandas di kampung dan mahu pulang ke kediaman masing-masing di bandar bermula Khamis hingga Ahad ini .

"Tempoh empat hari terbabit adalah berdasarkan jadual perjalanan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kalau kita lihat daripada segi peraturan rentas negeri buat masa sekarang masih tidak dibenarkan, cuma pengecualian bagi empat hari diberikan oleh PDRM (untuk pulang ke kediaman masing-masing) mengikut negeri," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini.- Foto Bernama
Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini.- Foto Bernama



[ARTIKEL BERKAITAN] - Pergerakan rentas negeri bermula Khamis dengan syarat

Beliau berkata, bagi mereka yang tidak dapat pulang ke bandar atau kediaman masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan, mereka boleh membuat permohonan kepada polis.

"Dalam hal ini, ia bergantung kepada budi bicara polis, tetapi sebaik-baiknya gunakan hari dan tarikh yang diberikan PDRM untuk pulang ke tempat kerja dan sebagainya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!