Lelaki miliki 167 tong LPG ditahan

Ching Chung (kiri) menunjukkan LPG yang ditempatkan di dalam lori yang di parkir di rumahnya.
Ching Chung (kiri) menunjukkan LPG yang ditempatkan di dalam lori yang di parkir di rumahnya.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah kerana menyimpan 167 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi bernilai RM3,400 di tempat tidak dilesenkan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP, Chin Ching Chung berkata,lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pembantu kepada pemborong gas membawa pulang gas berkenaan ke rumahnya di Kampung Jelai, mukim Bukit Raya, Pendang, kelmarin.

Ching Chung melihat anggotanya mengangkat tong gas yang disita di Stor Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP Kedah di sini, semalam.
Ching Chung melihat anggotanya mengangkat tong gas yang disita di Stor Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP Kedah di sini, semalam.

Katanya, serbuan dilakukan pada jam 10.30 malam semalam berdasarkan maklumat awam dan risikan yang telah dijalankan.

"Ketika serbuan terdapat sebuah lori yang diparkir di tepi rumah berkenaan yang turut menempatkan 108 tong LPG berisi 12 kilogram (kg) dan 36 tong LPG berisi 14 kg.

"Selain itu, pemeriksaan lanjut di kawasan rumah berkenaan turut menemui 15 tong LPG berisi 12kg dan lapan tong LPG berisi 14kg di dalam stor di rumah berkenaan," katanya ketika sidang media di Stor Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP Kedah di sini.

Menurutnya,keseluruhan nilai barangan yang disita termasuk lori berkenaan berjumlah hampir RM84,000.

"Hasil siasatan awal mendapati gas LPG berkenaan adalah untuk dihantar ke kedai-kedai runcit termasuk premis makanan.

Artikel Berkaitan:

"Lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dan akan dibebaskan dengan jaminan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.

Jika sabit kesalahan, bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.

Manakala bagi syarikat, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan seterusnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!