Vietnam diramal alami gelombang panas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

HANOI - Vietnam tahun ini diramal mengalami suhu panas paling tinggi, menurut laporan terbaru Pentadbiran Meteorologi dan Hidrologi, lapor agensi berita Vietnam (VNA) pada Isnin.

Pada Mei, negara akan mengalami lebih banyak cuaca panas berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Tahun ini, Vietnam dijangka dilanda corak bencana alam yang rumit, kesan daripada pemanasan global dan pencairan glasier.

Sejak awal 2020, cuaca tidak menentu dilaporkan di beberapa kawasan di negara ini, termasuk ribut hujan batu berlaku di wilayah utara pada Mac, belum pernah terjadi sebelum ini.

Sementara, wilayah tengah dan selatan mengalami cuaca kering dan perejahan air masin. Hujan lebat pula diramal di wilayah tengah dan selatan pada akhir 2020.

Wilayah tengah Vietnam diberi amaran untuk bersiap sedia menghadapi musim kemarau berpanjangan.

Musim hujan diramal berlaku agak lewat di kawasan tanah tinggi di bahagian tengah dan selatan, bakal memburukkan lagi keadaan.

Menurut laporan dikeluarkan Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada Januari, 2019 adalah tahun kedua terpanas pernah dicatat selepas 2016.

Artikel Berkaitan:

"Tahun 2020 bermula...meninggalkan 2019 - menyaksikan peristiwa berkaitan dengan iklim akan memberi kesan dampak tinggi," kata WMO.-Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!