KKM kesan kluster baharu Taman BDC Kuching

Kuching, Sarawak. -Foto Sumber Internet
Kuching, Sarawak. -Foto Sumber Internet
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu wabak koronavirus (Covid-19) iaitu Taman BDC Kuching, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas 37 kes positif wabak itu dikesan di taman tersebut.

"Ingin dimaklumkan terdapat satu kluster baharu telah dikenal pasti di Kuching iaitu kluster Taman BDC.

"Ia melibatkan 37 kes dan ia juga mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di masjid dan ia merupakan kes indeks.

"Kes ini telah menjangkiti ahli keluarga, rakan masjid dan juga rakan sekerja melibatkan tiga generasi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat pertambahan kes positif baharu wabak itu melibatkan lima kluster.

Katanya, kluster Chow Kit merekodkan kes positif baharu tertinggi iaitu 16 kes, Sendayan lima kes, Pasentran tiga kes, Kampung Baru dua kes dan satu kes di madrasah Jasin.

Artikel Berkaitan:

"Lain-lain kluster tiada rekod pertambahan kes positif baharu setakat hari ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!