Nelayan asing jejaskan nelayan setempat

CHE ANI
CHE ANI
A
A
A

ALOR SETAR - Kehadiran pendatang asing tanpa izin termasuk pelarian etnik Rohingya menjejaskan pendapatan dan kehidupan nelayan di negara ini.

Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Che Ani Mat Zain berkata, segelintir mereka dikatakan tidak mematuhi undang-undang negara selain terlibat melakukan pelbagai kesalahan.

Menurutnya, mereka dikatakan menceroboh kawasan paya bakau, membina rumah, membeli sampan dan pukat serta terlibat dengan jenayah.

"Tindakan mereka ini menjejaskan punca rezeki nelayan selain menggugat keamanan setempat.

"Apatah lagi kehadiran mereka yang terlalu ramai ini menyebabkan kita tidak tahu jumlah sebenar golongan terbabit yang berada di sini," katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lebih merisaukan apabila kelompok tersebut sudah mula menuntut hak sama rata sebagaimana berlaku di Pulau Pinang.

Beberapa keluarga nelayan di sana katanya, turut merancang menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) yang disifatkan jelas melanggar Akta Persatuan Nelayan 1971.

"Jaring juga musykil mengapa tiada tindakan diambil ke atas mereka ini sedangkan dengan sampan dan bot yang dimiliki, ia akan memudahkan lagi penyeludupan pelarian ke negara ini khususnya di Kedah dan Perlis," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!