Harimau Sumatera 'dikehendaki' sejak 2018 akhirnya ditangkap

Harimau Sumatera yang berjaya ditangkap oleh Badan Pemuliharaan Sumber Asli Riau Sabtu lalu.
Harimau Sumatera yang berjaya ditangkap oleh Badan Pemuliharaan Sumber Asli Riau Sabtu lalu.
A
A
A

PEKANBARU - Seekor harimau Sumatera yang dipercayai menyebabkan beberapa penduduk di Kampung Tanjung Simpang di sini terbunuh dan cedera sejak dua tahun lalu akhirnya berjaya ditangkap Sabtu lalu.

Haiwan itu ditangkap oleh Badan Pemuliharaan Sumber Asli Riau dengan kerjasama pihak polis di pekarangan Riau Indo Agropalma di kampung Tanjung Simpang, Derah Pelangiran di sini pada jam 9 pagi (waktu tempatan).

Selepas ditangkap, harimau Sumatera itu dibawa ke Pusat Rehabilitasi Harimau Sumatera Dharmasraya di Sumatera Barat.

Menurut jurucakap Polis Indragiri Hilir, Adj Comr Warno, pasukan itu mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk menangkap harimau itu.

Sementara itu, Ketua Badan Pemuliharaan Sumber Asli Riau, Suharyono memberitahu, harimau itu perlu ditangkap kerana ia bukan sahaja membahayakan malah menyebabkan penduduk di kawasan itu cedera dan terbunuh sejak 2018.

Katanya, pasukan tersebut dikerahkan untuk mengawasi konflik manusia dan hidupan liar di daerah itu sejak November 2019 dengan memasang kamera untuk memerhatikan tingkah laku harimau di kawasan itu.

"Akhirnya, kami menemui habitat harimau itu dan mengenal pasti seekor harimau yang disyaki sering menyerang manusia hingga menyebabkan kematian.

"Pasukan ini telah melakukan banyak penelitian serta turut mengubahsuai perangkap untuk memastikan tangkapan harimau itu berjalan lancar," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!