NAM perlu bantu negara kecil tangani Covid-19

Muhyiddin menyertai Sidang Kemuncak NAM Berhubung Covid-19 menerusi persidangan video
Muhyiddin menyertai Sidang Kemuncak NAM Berhubung Covid-19 menerusi persidangan video
A
A
A

PUTRAJAYA - Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) perlu memainkan peranan penting membantu negara kecil mendapatkan bekalan perubatan dan vaksin dalam memerangi pandemik koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bekata, negara anggota NAM juga perlu bersatu untuk buktikan kepada dunia bahawa boleh atasi wabak itu.

"Dengan itu, Malaysia mengalu-alukan penubuhan pasukan petugas NAM, ia berfungsi membangunkan pangkalan data untuk keperluan kesihatan asas termasuk mengenal pasti keperluan sosial serta kemanusiaan dalam kalangan negara anggota NAM.

"Kita tidak keseorangan dalam peperangan menentang musuh tidak kelihatan. Semua dalam kalangan kita sudah dan akan terus terkesan akibat Covid-19," katanya

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak NAM Berhubung Covid-19 dipengerusikan Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev merangkap Pengerusi NAM bagi penggal 2019-2022 menerusi persidangan video tadi.

Persidangan itu turut disertai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-74, Tijjani Muhammad-Bande; Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika, Moussa Faki Mahamat.

No Image Caption

Menurutnya, ini adalah masa yang tepat untuk negara anggota NAM bersatu dan membuktikan bahawa jika berpegang teguh pada prinsip dan nilai kebersamaan, wabak dapat diatasi dan muncul lebih kuat dalam susunan global baharu pasca Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

"(Menentang) pandemik ini memerlukan kekuatan kolektif dan solidariti kerana kita saling bergantung antara satu sama lain.

Selain itu, Perdana Menteri juga mengalu-alukan inisiatif Azerbaijan untuk mempromosikan nilai pelbagai hala menerusi Sidang Kemuncak Dalam Talian.

"Secara kolektifnya, kita membentuk hampir dua pertiga anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan memimpin 55 peratus, lebih daripada separuh dari populasi dunia.

"Sekiranya Covid-19 membuktikan sesuatu kepada kita sebagai negara yang berkecuali, adakah wabak ini telah meratakan padang permainan di dunia ini?

Muhyiddin menyertai Sidang Kemuncak NAM Berhubung Covid-19 menerusi persidangan video
Muhyiddin menyertai Sidang Kemuncak NAM Berhubung Covid-19 menerusi persidangan video

Sementara itu, menerusi Facebook Muhyiddin berkata, dalam persidangan tersebut beliau turut berkongsi mengenai enam langkah diambil kerajaan dalam mendepani impak Covid-19 terhadap negara, sekali gus memastikan Malaysia bangkit lebih kuat dalam menangani kesan wabak tersebut.

"Langkah pertama yang dilakukan kerajaan ialah tekad (resolve) untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Hasilnya, PKP yang dimulakan pada 18 Mac membuahkan hasil dengan menyaksikan penurunan kes positif baharu harian, peningkatan jumlah kes sembuh dan kadar kematian yang rendah iaitu hanya 1.7 peratus.

Muhyiddin pada masa sama turut memaklumkan Malaysia pada hari ini memulakan langkah ketiga pelan menangani kesan COVID-19 dengan memulakan semula (restart) sektor ekonomi secara menyeluruh dalam keadaan teratur dan terkawal.

"Saya tegaskan bahawa walaupun sebahagian besar sektor ekonomi dibuka semula hari ini, sebarang perhimpunan yang melibatkan ramai orang masih tidak dibenarkan.

"Ini adalah tindakan penyeimbangan yang cuba dicapai Malaysia - antara memulakan ekonomi dan kepentingan untuk mematuhi SOP baharu bagi mencegah gelombang jangkitan di kalangan rakyat.

"Saya turut menarik perhatian anggota persidangan bahawa Malaysia masih menguatkuasakan fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berlangsung sehingga 12 Mei ini.

"Saya juga menekankan yang strategi pemulihan ekonomi (recovery) Malaysia dalam menghadapi era 'norma baharu' pasca COVID-19 akan disusuli dengan revitalisasi (revitalize) ekonomi serta reformasi (reform) struktur ekonomi secara menyeluruh," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!