Terowong 120 tahun ditemui di bawah rumah
PLYMOUTH - Seorang lelaki menemui terowong rahsia berusia 120 tahun di bawah rumahnya yang dibeli di Devon, England.
Menurut Mirror, Jake Brown itu membeli rumah berkenaan sebelum menyedari struktur dindingnya berbeza.
Beliau kemudiannya membuka ruang di sebalik dinding berkenaan kerana curiga dengan keadaan itu dan terkejut apabila mendapati terdapat satu ruang luas di bawah rumah itu selain menemui beberapa barang di kawasan tersebut.
Antara barangan tersebut ialah tin cat, senaskhah surat khabar dan beberapa bukti menunjukkan terowong berkenaan telah tertutup selama lebih 50 tahun.
Turut dijumpai beberapa barangan dari era terdahulu seperti basikal lama dan beberapa botol tahun 1900.
Jake berkata, beliau teruja dengan penemuan itu dan menghubungi sejarawan tempatan, Richard Fisher untuk meminta bimbingan pakar berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!