Ummah Pahang buat laporan polis
BENTONG - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) hari ini membuat laporan polis terhadap empat pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa mengeluarkan hasutan supaya membenci kerajaan.
Laporan dibuat oleh Pengerusi Ummah Pahang, Roslan Md Esa bersama beberapa ahli di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Roslan memberitahu mereka membuat laporan terhadap bekas Menteri Pertahanan yang juga Presiden Amanah, Mohamad Sabu; bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad; bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, sebanyak sembilan Ummah peringkat negeri termasuk Pahang membuat laporan polis terhadap pemimpin terbabit.
"Kita melihat ucapan sebahagian mereka menghasut pemikiran rakyat supaya membenci kerajaan Pakatan Nasional (PN) selain tidak bersetuju dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA)," katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, pihaknya meminta polis melakukan siasatan ke atas pemimpin terbabit bagi mengelakkan tercetusnya ketidakstabilan dan keharmonian masyarakat di negara ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis digesa siasat empat bekas menteri PH
NGO lapor polis video ucapan empat pemimpin PH
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!