PDRM laksana kajian benarkan bas ekspres beroperasi

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab pertanyaan media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab pertanyaan media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan kajian terperinci berkaitan operasi pengangkutan awam seperti bas ekspres untuk membolehkan mereka yang tidak mempunyai kenderaan persendirian bergerak pulang ke kediaman masing-masing di bandar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa sekarang operasi bas ekspres belum dibenarkan walaupun kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada hampir semua sektor di negara ini.

"Kajian yang dilaksanakan oleh PDRM ini turut meliputi soal berapa jumlah bas yang dibenarkan untuk bergerak pada 7 hingga 10 Mei nanti jika ia dibenarkan beroperasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergerakan rentas negeri bermula Khamis dengan syarat

"Saya percaya polis akan melihat perkara ini secara terperinci dan menyelesaikan permasalahan mereka yang terkandas di kampung," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Ditanya adakah pergerakan rentas daerah dan masa orang awam berada di atas jalan raya masih dihadkan, beliau berkata, pergerakan antara daerah dibenarkan dan tiada masa dihadkan untuk keluar.

"Dalam peraturan baharu tidak ada had dan sekatan perjalanan antara daerah. Cuma buat masa sekarang ada sekatan pergerakan antara negeri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!