Covid-19: Palestin lanjut darurat sebulan lagi

Abbas melanjutkan sekatan pergerakan selama sebulan lagi mulai 5 Mei.
Abbas melanjutkan sekatan pergerakan selama sebulan lagi mulai 5 Mei.
A
A
A

RAMALLAH - Presiden Mahmoud Abbas malam semalam bersetuju untuk melanjutkan darurat di Palestin ketika wabak koronavirus (Covid-19) terus menular di negara ini, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut agensi berita rasmi WAFA, Abbas melanjutkan sekatan pergerakan selama sebulan lagi mulai 5 Mei.

Sekatan pergerakan setakat ini sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Kerajaan Palestin mengisytiharkan sekatan pergerakan yang pertama selama 30 hari pada 6 Mac selepas kes Covid-19 di kesan di Bethlehem, Presiden kemudian memutuskan melanjutkannya selama sebulan lagi pada 3 April.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila dalam satu kenyataan berkata, 10 kes baharu dilaporkan di Baitulmaqdis yang diduduki dan di Tebing Barat.

Jumlah kes meningkat 170 di Baitulmaqdis dan 362 di Tebing Barat serta Gaza. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!