Mahasiswa berarak tuntut janji PTPTN

Lebih 100 mahasiswa menyertai Himpunan Tuntut Janji PTPTN, hari ini dengan berarak ke ibu pejabat PTPTN.
Lebih 100 mahasiswa menyertai Himpunan Tuntut Janji PTPTN, hari ini dengan berarak ke ibu pejabat PTPTN.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Lebih 100 mahasiswa menyertai Himpunan Tuntut Janji Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hari ini dengan berarak ke ibu pejabat PTPTN.

Himpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari itu antara lain bagi menggesa kerajaan mewajibkan pembayaran balik PTPTN ke atas individu bergaji RM4,000 ke atas.

Beberapa peserta dilihat membawa beberapa sepanduk ‘Mahasiswa Ditekan’ dan ‘Kami Ditipu’ sambil melaungkan ‘Tuntut Janji PTPTN’.

Memetik laporan Berita Harian, polis akan memanggil penganjur himpunan untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah, berkata pihaknya tidak menerima sebarang notis makluman himpunan itu.
Artikel Berkaitan:


“Tiada notis diberikan kepada polis. Kita akan ambil tindakan mengikut APA 2012 (Akta Perhimpunan Aman 2012),” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN : PTPTN : kerajaan sekarang lebih kejam ]

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!