Pantau harga barang: 191 Ketua Pemuda Umno Bahagian jadi mata-mata

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan sekretariat bagi memantau harga barang dianggotai semua ketua pemuda bahagian dan cawangan yang akan turun padang memantau harga barangan keperluan asas rakyat di negara ini.

Katanya, pemantauan tersebut dilakukan di kawasan utama seperti pasar dan kedai-kedai yang menjadi pilihan rakyat berbelanja.

Menurutnya, perbandingan harga akan dibuat mengikut bulan dengan data tersebut akan diselaraskan di peringkat negeri.

"Pemantauan ini akan melibatkan barang keperluan asas seperti ikan kembung, ayam, daging dan sayur.

"Ini kerana dapatan atau maklumat yang diterima kerajaan berkaitan harga barang di pasaran pada masa ini tidak berpijak pada realiti. Bila dapatan tidak tepat, maka tidak ada pelan berkesan dalam soal menangani kos sara hidup rakyat yang kian meningkat," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, Asyraf dalam satu sidang media berkata, langkah menubuhkan sekretariat pemantauan harga barang bertujuan untuk membantu kerajaan untuk memastikan harga barang tidak menekan rakyat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai pembangkang, pihaknya tidak mahu membangkang secara membuta tuli tetapi terus menjadi suara bagi rakyat dalam menyampaikan padangan dan aduan.

"Untuk itu, kaedah kita guna pakai akan membuat perbandingan harga barang keperluan ini mengikut bulan. Sebagai contoh harga ikan kembung pada Januari dan Februari akan kita umumkan dalam dapatan akhir maklumat selepas ia diselaras.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak mahu kerajaan mendabik dada dan berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan sekarang tanpa melihat relaliti sebenar di bawah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!