Pengalaman saya hidup bersama seorang Rohingya

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SATU aras interaksi perlu ditubuhkan sebelum ianya adil untuk kita menceritakan hal berkaitan dengan etika dan tingkah laku orang lain.

Seperti yang diriwayatkan daripada panglima agung umat Islam, Umar Ibn Al Khattab r.a., kriteria berikut perlu ada sebelum anda mengesyorkan atau menolak seseorang:

1) Dalam berjiran dengan seseorang. Jiran-jiran sepatutnya lebih arif tentang orang yang tinggal di rumah bersebelahan.

2) Mempunyai pengalaman mengembara dengan seseorang kerana mengembara dan berada jauh dari kampung halaman mendedahkan peribadi sebenar seseorang.

3) Mempunyai pengalaman terlibat di dalam urusan perniagaan dengan seseorang, kerana berurusan dengan kewangan mendedahkan personaliti sebenar seseorang.

Hari ini kita menyaksikan satu keadaan di mana gelombang-gelombang ucapan kebencian, tulisan-tulisan yang tidak terkata, dan tidak berperikemanusiaan dilontarkan ke arah masyarakat Rohingya Islam.

Mereka telah lari daripada pembunuhan beramai-ramai di tanah air mereka dan sekarang mencari tempat perlindungan di dalam negara kita buat sementara waktu. Mereka adalah orang yang sama yang seharusnya kita layani dengan bermaruah dan belas kasihan manusia.

Bagaimanapun, baru-baru ini ramai rakyat Malaysia telah menyemarakkan perasaan benci di media sosial berasaskan tuduhan yang tidak benar terhadap keseluruhan masyarakat walhal hanya atas kesalahan beberapa individu.

Artikel Berkaitan:

Tuduhan yang tidak wajar ini menghancurkan dan memusnahkan setiap ahli komuniti sasaran dengan segala kata-kata hina yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.

Ini mungkin akan melenyapkan segala catatan amalan mulia yang telah kita lakukan terhadap sesama manusia dan mungkin merosakkan imej baik kita di mata dunia.

Gelombang-gelombang kebencian tidak berhenti di situ, ia telah melangkaui imaginasi malah melimpah-ruah kepada serangan terhadap etika, tingkah laku, malah menimbulkan syak wasangka dan keraguan ke atas fakta-fakta sejarah yang sah berkenaan kaum Rohingya yang telah diterima oleh seluruh dunia.

Setiap orang melemparkan penyataan tuduhan berasaskan komen-komen yang menular di media sosial tanpa bukti yang konkrit.

Perbuatan yang tidak bertangungjawab ini pastinya tidak akan menambahkan apa-apa kecuali pergolakan dan situasi yang tidak menyenangkan dalam kalangan khalayak ramai.

Pepatah bijak pandai: “Jangan menilai watak seseorang berdasarkan perkataan orang lain. Sebaliknya, lihat apa motif di sebalik kata-kata orang yang melemparkan penilaian buruk itu.”

Sebenarnya, melalui satu pemerhatian, mudah saya membuat kesimpulan kebanyakan tulisan kolumnis, penulis, and netizen tidak ada sebarang interaksi secara personal dengan sesiapa pun dengan komuniti Rohingya, malah lebih teruk lagi beberapa video anti-Rohingya adalah sebenarnya dibuat oleh teroris Hindu di India!

Semua skrip telah ditulis semula dan diputar-belitkan di dalam pembuatan artikel-artikel kebencian, dengan sendirinya sangat mengejutkan dan tidak boleh diterima.

Wahai semua rakyat Malaysia, terutamanya saudara-saudari Islam, saya terpanggil untuk memberi respons terhadap semua bahan palsu bagi mempertahankan imej negara dan seterusnya berdiri untuk mempertahankan manusia yang tidak bersalah dituduh tidak bermoral.

Saya percaya kita perlu membezakan di antara tingkah-laku yang timbul asbab kondisi yang tidak menguntungkan yang dipaksa ke atas manusia dan tingkah laku kerana budaya dan tradisi manusia.

Ramai yang tidak menyedari bahawa kemunduran tegar kaum Rohingya telah dilakukan ke atas mereka oleh Kerajaan Buddha Myanmar, malah, dengan secara sistematik, mereka telah lucutkan hak untuk mendapat pendidikan asas, menghadapi proses penyahtarafan secara berterusan, penganiayaan yang terancang dan diskriminasi di dalam semua aspek kehidupan selama 58 tahun.

Di sisi lain, anda mungkin mendapati beberapa orang Rohingya yang mempunyai hak istimewa dapat tinggal di luar negara, mendapat peluang pendidikan yang sempurna.

Justeru, mereka telah membuktikan kecemerlangan mereka di dalam pelbagai bidang, seperti Allahyarham Sheikh Dr Muhammad Ayyub Muhammad Yusuf, mantan imam Masjidil Nabawi di Madinah, Dr Anita, seorang pakar bedah neuro di Switzerland, Mr Yasir Arafat, seorang saintis nuklear di USA dan Dr Hussien Johar, seorang profesor di Curtin University Australia, dan ramai lagi yang lain.

Di Myanmar sebelum Akta 1982 (pindaan undang-undang diskriminasi kewarganegaraan) yang melucutkan orang Islam Rohingya daripada kewarganegaraan Burma, terdapat ratusan Rohingya, pensyarah universiti yang berkelayakan tinggi dan profesor-profesor yang berkhidmat di kedua-dua aras negeri dan persatuan, namun begitu, ramai di antara mereka kini merengkok di dalam penjara Buddha atau telah ditembak oleh Junta atau dalam buangan secara paksa.

Lebih dekat dengan rumah, benarkan saya berkongsi pengalaman hidup bersama dengan seorang Rohingya yang terpelajar dan telah dikurniakan 2 orang cahaya mata, alhamdulillah, melalui beliau saya beruntung dapat mengenali ramai ahli keluarga Rohingya lainnya yang juga memiliki kualiti yang sama.

1) Beliau ialah seorang lelaki setia, sangat berbakti kepada ibu-bapa dan mereka yang lebih tua, seorang suami dan bapa yang pengasih, penyayang dan bertangungjawab.

2) Beliau sangat penyayang dan mengambil berat terhadap ahli keluarganya yang besar, kawan-kawan, jiran tetangga, dan semua yang tinggal di kampung halaman. Beliau merupakan seorang yang penting dan tokoh yang dihormati dan dipandang tinggi oleh ahli keluarganya.

3) Beliau seorang yang suka bergaul, suka membuat amal, peramah, beragama, disenangi oleh sesiapa yang mengenalinya.

4) Mempunyai penghormatan yang tinggi terhadap negara, rakyat dan kerajaan negara kita. Dia berusaha untuk menjadi orang yang menyumbang secara konstruktif, positif and produktif kepada masyarakat walaupun dia bukan warganegara, malahan saya sendiri rasa bersalah kerana kurang produktif berbanding beliau.

6) Sebagai orang yang sering merantau saya sentiasa mendapati beliau mempromosikan Malaysia ke mana sahaja beliau pergi, dan sering lebih suka mengutamakan memilih Malaysia daripada tempat-tempat lain di dunia.

6) Sebagai seorang ahli perniagaan, 85 peratus daripada kakitangannya adalah orang tempatan Malaysia dan sebilangan daripada mereka telah bekerja dengan beliau sejak 6 tahun yang lalu. Mereka seronok bekerja dengan beliau kerana kebajikan mereka dijaga dengan baik.

7) Beliau ialah seorang yang boleh dipercayai, berprinsip dalam kerjayanya tatkala beliau berurusan dengan pelbagai bangsa di negara ini. Sebenarnya di antara pembekalnya adalah syarikat China dan India tetapi anda akan dapat merasakan perasaan toleransi antara mereka di dalam interaksi perniagaan seharian mereka.

Ini cuma sekilas pandang sahaja (tip of the iceberg), sekadar memberi anda gambaran bagaimana seorang Rohingya berhak menerima penghormatan daripada kita.

Jika kualiti-kualiti ini bukan warisan daripada budaya, tradisi and tarbiyah agama yang mendalam, maka dari mana datangnya pula? Saya juga pernah berpengalaman merasai kekayaan budaya dan warisan Rohingya, seperti keramahan mereka terhadap orang yang tidak dikenali dan para tetamu, kemurahan dan ketulusan hati, sikap rajin, ketakwaan, and kerjasama di dalam aktiviti-aktiviti sosial.

Sudah tentu, kita juga berhadapan dengan beberapa pasang surut di dalam kehidupan berumah tangga seperti juga pasangan suami isteri yang lain, tetapi kami uruskan isu-isu dengan ungkapan "alhamdulillah".

Komuniti yang telah tercabut akar umbi ini melarikan diri kepada kita dalam keadaan sehelai sepinggang bergalaskan iman di dada, mengelak dari kematian yang pasti, ditaja oleh teroris Buddha Myanmar. Tanpa belas kasihan, kesengsaraan dan kondisi tidak berperikemanusiaan yang telah kita saksikan sejak tahun 2012 hingga hari ini.

Tidakkah mereka berhak sekurang-kurangnya dihakimi dengan fakta dan bukti yang konkrit? Tolonglah berfikir sebelum menulis teguran tentang sesama insan dan berkongsi dan menularkan berita-berita palsu tentang mereka.

Alhamdulillah negara ini mempunyai undang-undang. Sekiranya terdapat sebarang jenayah atau perbuatan salah yang dilakukan oleh seseorang individu daripada sebarang komuniti yang bermastautin di dalamnya, biarlah pihak berwajib mengendalikan dengan sewajarnya secara adil dan saksama.

Akhir kata, saya ingin membekalkan anda dengan beberapa hadith Rasulullah SAW untuk kita renungi di dalam bulan Ramadan ini. Baginda bersabda:

1- Nabi saw, "Sesiapa yang menghilangkan sesuatu kesusahan seorang mukmin, ALLAH akan menghilangkan daripadanya satu kesusahan daripada di antara kesusahan-kesusahannya di Hari Kebangkitan. Dan sesiapa meringankan keperluan orang yang memerlukan, Allah akan meringankan keperluannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa melindungi [atau menyembunyikan salah laku ] seorang Muslim, ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan menolong hambaNya selagimana dia menolong saudaranya."

2- “Telah dikatakan kepada Utusan ALLAH (ﷺ): “Yang mana di antara manusia yang terbaik?” Baginda bersabda: “Semua orang yang berhati suci dan ikhlas di dalam ucapannya.” Mereka berkata: “Ikhlas dalam ucapan, kami tahu apa ini, tetapi apa itu kesucian hati?” Baginda bersabda: “Ianya (hati) yang warak dan suci, tanpa dosa, ketidakadilan, dendam atau dengki di dalamnya.” (Ibn Majah)

3- Nabi saw bersabda, “Orang yang beriman yang bergaul dengan manusia dan bertahan dengan kemudaratan mereka mendapat lebih ganjarannya daripada seseorang yang tidak bergaul dengan manusia tidak juga bertahan dengan kemudaratannya.” (Musnad Aḥmad)

Rakan-rakan rakyat Malaysia yang dikasihi, ambillah peluang ini untuk berbakti kepada manusia dan berjaya mendapat keredaan Allah yang Maha Berkuasa.

Semoga ALLAH SWT membimbing kita semua and ALLAH lebih mengetahui.

Sister Umm Ubadah Dahlia Kamaruddin ialah MBA, Management and Science University, Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!