Israel serang kedudukan Hamas
GAZA CITY - Rejim Israel hari ini melancarkan serangan yang mensasarkan kumpulan penentang Palestin Hamas di Semenanjung Gaza, menurut sumber tentera, lapor agensi berita Anadolu.
Tiga pos pengawal di utara dan tengah Gaza milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas diserang tentera Israel.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Tentera Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Gaza ke arah Israel. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!