Jual motosikal curi di Facebook, lelaki ditahan pemilik

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAWA BARAT - Seorang lelaki ditahan polis selepas menjual sebuah motosikal curi di laman sosial di Jawa Barat, Indonesia.

Ketua Polis Daerah Ciamis, Komisioner Kanan Donny Eka Putra berkata, mangsa mendapat maklumat suspek telah menjual motosikalnya di Facebook sebelum menggunakan taktik penyamaran sebagai pembeli.

Menurutnya, mangsa yang turut bekerjasama dengan polis kemudian mengatur pertemuan antaranya dengan suspek di sebuah stesen minyak pada jam 10 malam bagi urusan pembelian motosikal terbabit.

"Alhamdulillah, motosikal itu ditemui dan suspek berjaya diberkas," katanya kepada Kompas.

Terdahulu, mangsa berusia 22 tahun dari daerah Tasikmalaya itu telah mengiklankan penjualan Kawasaki Ninja KR150 miliknya di Facebook dengan penghantaran secara tunai kepada si pembeli.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa lelaki berkenaan apabila suspek menghubungi mangsa dan berpura-pura menjadi pembeli telah meminta izin menunggang motosikal tersebut sebelum melarikan diri.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis sebaik kejadian," katanya.

Berikutan penahanan itu, suspek kini didakwa mengikut Artikel 378 dan atau Pasal 372 Kanun Jenayah mengenai penipuan dan atau penggelapan yang boleh dihukum penjara empat tahun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!