Berita kematian Ustaz Ismail Kamus palsu

Berita yang ditularkan netizen di media sosial berhubung kematian Ustaz Ismail adalah palsu.
Berita yang ditularkan netizen di media sosial berhubung kematian Ustaz Ismail adalah palsu.
A
A
A

SHAH ALAM – Berita yang ditularkan netizen di media sosial berhubung kematian pendakwah, Datuk Ismail Kamus adalah palsu.

Memetik laporan HarakahDaily, Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Ustaz Abdul Hadi Jusoh berkata, khabar angin yang menyatakan Ustaz Ismail, 72, yang juga pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia meninggal dunia adalah palsu.

Menurutnya, perkembangan terkini menunjukkan Ustaz Ismail dalam keadaan baik.

“Laporan perubatan semasa daripada pihak doktor pagi ini menunjukkan keadaan Ustaz Ismail sedikit baik.

“Justeru, pihak keluarga telah membuat keputusan untuk mengekalkan beliau bagi mendapatkan rawatan di hospital,” kata Abdul Hadi.

Tambahnya, ketika ini Ustaz Ismail sedang dalam pemantauan dan rawatan oleh pihak hospital.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Ustaz Ismail mula dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi 26 April lalu disebabkan demam dan keadaan jantung yang lemah.

Katanya, ketika itu pemeriksaan mendapati keadaan tidak berkait dengan masalah jantung dan kemudiannya Ustaz Ismail terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, pemeriksaan di HKL mendapati terdapat jangkitan pada paru-paru, sementara ujian koronavirus (Covid -19) dilakukan sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!