Bomba selamatkan lelaki Myanmar terjun sungai
SUBANG - Anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Myanmar yang terjun ke dalam sungai di Jalan Lapangan Terbang Subang malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Bilik gerakan menerima panggilan kecemasan pada jam 7.41 malam sebelum tiba ke lokasi 18 minit kemudian.
"Lelaki berusia 35 tahun yang berjaya diselamatkan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!