#SkuadKebaikan Milo bantu golongan memerlukan

Kempen #SkuadKebaikan berlangsung sehingga 23 Mei ini.
Kempen #SkuadKebaikan berlangsung sehingga 23 Mei ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Milo melancarkan kempen #SkuadKebaikan bagi menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan sempena Ramadan sehingga 23 Mei ini.

Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Nestle (Malaysia) Berhad, Maria Murni Nur Azmi berkata, pembelian Milo atau produk Nestle menggunakan platform Shopee akan disumbangkan kepada tujuh pertubuhan kebajikan termasuk mereka yang terkesan dengan koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, ia melalui pembelian empat pek ‘bundle’ yang mengandungi serbuk Milo serta produk Nestle yang lain bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155.

"Tujuh pertubuhan yang dimaksudkan adalah Food Aid Foundation, Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur, Yellow House KL, Yayasan Sultanah Bahiyah, Yayasan Pesona, Persatuan Kebajikan Ummah dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare

"Selain itu, 10 peratus nilai kutipan pembelian produk Milo (serbuk Milo atau Milo Mixes) di Shopee sepanjang tempoh kempen #SkuadKebaikan Milo ini juga akan turut disumbangkan dalam bentuk produk Nestle kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Nestle (Malaysia) Berhad, Maria Murni Nur Azmi
Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Nestle (Malaysia) Berhad, Maria Murni Nur Azmi

Beliau berkata, amalan berkongsi kebaikan merupakan tradisi yang diterajui sejak turun-temurun oleh jenama minuman coklat malt berkhasiat kegemaran rakyat itu.

“Dalam menghayati pengertian Ramadan, amalan saling bantu-membantu amat digalakkan. Lebih-lebih lagi tahun ini di mana kita terpaksa berdepan dengan realiti baharu penjarakan sosial antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun berjauhan ketika situasi yang tidak menentu ini, kami percaya amalan berkongsi kebaikan dapat menyatukan kita semua dan #SkuadKebaikan Milo adalah salah satu cara kita jaga kita.

Justeru katanya, Milo mengajak rakyat Malaysia turut serta membantu supaya kebaikan itu dapat dikongsi dengan lebih ramai lagi golongan yang memerlukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!