Sumbangan Covid-19 tidak sentuh dana RM400 juta: Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU – Peruntukan RM400 juta ‘one-off’ dari kerajaan pusat akan dimanfaatkan untuk pembangunan termasuk infrastruktur dan pembinaan rumah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sumbangan untuk menghadapi koronavirus (Covid-19) tidak menggunakan dana itu kerana sudah tertakluk di bawah peruntukan khas.

“Sumbangan Covid-19 menggunakan peruntukan lain dan tidak membabitkan dana kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di JKR 10 di sini hari ini.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai komen netizen yang mempersoalkan kerajaan negeri tidak menggunakan peruntukan RM400 juta tersebut untuk membantu rakyat negeri sejak PKP bermula.

Sementara itu, mengulas mengenai sumbangan Mohd Amar berkata, hampir keseluruhan golongan yang memerlukan sudah menerima bantuan berkenaan termasuk Bakul Ramadan baru-baru ini.

“Setakat ini, Alhamdulilah, semua sudah dapat dan tiada keluhan lagi. Ada yang dapat sehingga tiga empat kali mengikut pusingan. Tidak termasuk bantuan untuk armalah dan anak yatim.

Secara keseluruhannya hampir RM300,000 sumbangan kita sediakan untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!