Penduduk terseksa bau busuk getah

Bau getah yang kuat menjejaskan penduduk yang tinggal berhampiran kilang terbabit.
Bau getah yang kuat menjejaskan penduduk yang tinggal berhampiran kilang terbabit.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Adun Kota Damansara menuntut janji pemilik kilang pemprosesan getah di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini berpindah susulan menyumbang masalah pencemaran bau kepada kira-kira 30 penduduk berhampiran.

Shatiri Mansor yang meninjau lokasi operasi kilang terbabit semalam berkata, penduduk membuat aduan kepadanya selepas hilang sabar dengan masalah yang berlarutan selama dua tahun itu.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika melibatkan aspek keselamatan dan kesihatan.

"Kepentingan rakyat diutamakan kerana kerajaan negeri prihatin masalah rakyat. Insya-ALLAH saya akan bantu selesaikan masalah ini secepat mungkin.

"Sebelum ini penduduk dah salurkan aduan ke pelbagai pihak termasuk laporan polis juga telah dibuat namun masalah ini belum ada penyelesaian," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk membawa hal tersebut ke sidang Dun.

"Pengusaha kilang dah setuju nak pindah, tapi persoalannya bila? Lagi lama mereka beroperasi di sini lagi lama penduduk akan menderita.

"Sementara pindah ke lokasi baru, operator kilang perlu ikhtiar langkah mengurangkan pencemaran bau yang menyebabkan gangguan penduduk sekitar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Zawawi Md Isa berkata, kilang tersebut beroperasi secara sah dengan lesen di bawah operasi industri.

Shatiri mendengar luahan penduduk mengenai masalah yang berlarutan selama dua tahun itu.
Shatiri mendengar luahan penduduk mengenai masalah yang berlarutan selama dua tahun itu.

"Kilang itu beroperasi sejak dua tahun lalu dengan kebenaran. Dari segi operasi tiada masalah tapi yang dibangkitkan penduduk adalah melibatkan kacau ganggu dari segi bau.

"MBSA mengarahkan operasi kilang itu dibenarkan sehingga jam 6 petang sahaja selepas menerima aduan kilang itu operasi hingga lewat malam.

"Ia bagi membolehkan penduduk dapat berehat di rumah tanda sebarang gangguan selepas jam 6 petang," katanya.

Seorang penduduk, Wong Chang Heng, 51, berkata, pihaknya beberapa kali meminta pemilik kilang itu untuk berpindah kerana tidak tahan dengan bau busuk yang dihidu hampir setiap hari.

"Kami minta kilang itu pindah kerana menjejaskan kesihatan kami dan kami mahu hidup lama. Mereka janji mahu pindah tapi sampai hari ini masih operasi di sini.

"Bila kilang proses getah baunya kuat sehingga menyebabkan sakit kepala dan keluarga saya pernah ditahan di hospital selama dua minggu disebabkan hal itu," katanya.

Menurutnya, pihaknya telah membuat aduan banyak kali dan kilang itu pernah ditutup selama tiga hari selepas campur tangan wakil rakyat, namun selepas itu beroperasi seperti biasa.

#sungaibuloh #kampungbarusungaibuloh Adun Kota Damansara, Shatiri Mansor menuntut janji pemilik kilang pemprosesan getah di Kampung Baru Sungai Buloh di sini untuk berpindah susulan menyumbang masalah pencemaran bau kepada kira-kira 30 penduduk berhampiran. [ARTIKEL PENUH: https://www.sinarharian.com.my/article/8224/EDISI/Selangor-KL/Penduduk-terseksa-bau-busuk-getah] Laporan: MOJO Sinar Harian Selangor NORAFIZA JAAFAR

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Saturday, January 19, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!