Covid-19: 45 kes baharu, satu kes import

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
--fotoBERNAMA
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah --fotoBERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA- Sebanyak 45 kes baharu positif Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu hanya satu kes import dikesan daripada rakyat negara ini yang pulang dari luar negara.

"Ini bermakna 44 kes adalah penularan tempatan dan satu daripadanya dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya.

Menurutnya, dengan pertambahan itu, jumlah kumulatif positif Covid-19 adalah 6,428 kes.

"Bagaimanapun hanya 1,619 pesakit yang masih dirawat di hospital," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

MENYUSUL

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!