Covid-19: Warga asing tinggal sesak
PUTRAJAYA- Tempat tinggal warga asing yang ramai penghuni dan sesak menjadi faktor sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerangi penularan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka bekerja dalam pelbagai sektor dan tinggal bersama.
"Tempat tinggal yang padat mendorong KKM membuat saringan terhadap kumpulan itu dan kita akan melakukan ujian bermula di zon merah di Selangor dan Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 22,339 saringan telah dilakukan terhadap warga asing.
"Daripada jumlah itu, 986 disahkan positif dan 457 masih menerima rawatan termasuk empat di unit rawatan rapi," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, seramai 525 warga asing yang dijangkiti telah pulih sepenuhnya.
"Setakat ini empat kematian dilaporkan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!