Genap setahun pemergian pengasas Dnars

Instagram Ahmad Shah
Instagram Ahmad Shah
A
A
A

RAMADAN tahun ini pasti berbeza buat Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43, suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban yang terkorban dalam kemalangan jalan raya pada 18 Mei lalu di Pattani, Thailand.

Pastinya kelibat Allahyarhamah dirindui ahli keluarga juga kenalannya.

Menerusi luahan isi hati Ahmad Shah, sebelum ini, setiap kali menjelang Ramadan, beliau pasti merindui Allahyarham bapanya, Ibrahim Yaacob yang meninggal pada 11 Ramadan bersamaan 20 Januari 1997 pada usianya 17 tahun, bagaimanapun tahun ini, seorang lagi insan bermakna dalam hidupnya iaitu Allahyarhamah Faziani turut dirinduinya.

"Telah genap satu tahun iaitu 13 Ramadan 1440 (18 Mei 2019 ) meninggalkan aku ketika usiaku 42 tahun," tulisnya di akaun Instagram miliknya.

Jelas bapa anak lapan ini, kehilangan dua insan tersayang iaitu isteri dan bapanya di bulan mulia pasti memberi tamparan hebat buat dirinya, namun beliau reda dan yakin setiap ketentuan ALLAH SWT ada hikmahnya.

"Setiap liku kehidupan mengajar kita erti kedewasaan. Setiap kehilangan mengajar kita menghargai apa yang dimiliki.

"Ya ALLAH, sungguh pantas masa berlalu. Sekali lagi ujian berat bagiku untuk menerima takdir-Nya. Syurga firdausi untuk dua insan ini. Al-fatihah," katanya.

Pada 18 Mei tahun lalu, Faziani, 40, meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Artikel Berkaitan:

Faziani Rohban maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala Shah Rizal, 42, cedera.

Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!