Orang Asli Kg Panggen tetap pilih BN
CAMERON HIGHLANDS - Penduduk di Kampung Panggen, Ringlet melaungkan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada calon BN.
Tok Batinnya, Kamarudin Baskuban berkata sokongn itu atas alasn kemakmurn di bawa parti itu.
"Kita sokong BN sebab kita nak negara kita aman. Kami ikhlas sokong BN.
"Kalau calon PH datang kita terima tapi kita akan kata tidak (sokong). Tetap (sokong) BN juga," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Panggen, semalam.
Beliau sempat mengadu kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang datang beramah mesra tentang beberapa isu yang membelengu kampungnya.
"Kita berdepan masalah pengangkutan anak-anak ke sekolah. Rumah terlalu jauh dari sekolah.
"Kami juga ada masalah dengan elektrik, air tekanan rendah. Air tak sampai ke rumah," katanya.
Beliau berharap masalah elektrik, air dan pengangkutan di kampungnya itu dapat diselesaikan demi lebih kurang 500 orang penduduknya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!