Kim Jong-un tidak jalani pembedahan jantung
AYAT FB: Risikan di Seoul dakwa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un 'hilang' kerana bimbang dengan ancaman Covid-19
Akhbar Rodong Sinmun di Korea Utara pernah memaparkan gambar Jong-un yang kembali semula di khalayak umum dengan memegang tongkat selepas 'hilang' pada Oktober 2014. - FOTO: AGENSI
A
A
A
Perkara itu dilaporkan agensi berita Yonhap hari ini dan mendakwa Jong-un mengurangkan aktiviti awamnya atas sebab kebimbangan terhadap ancaman Covid-19 walaupun kes wabak itu sifar di Pyongyang.
Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) di Seoul memaklumkan laporan tentang pembedahan yang dilakukan ke atas Jong-un sebagai dakwaan tidak berasas.
“Beliau menjalani tugasnya seperti biasa walaupun tidak tampil di khalayak ramai,” kata anggota jawatankuasa itu, Kim Byung-kee.
Menurut Byung-kee, Jong-un hanya muncul sebanyak 17 kali setakat ini berbanding 50 kali secara purata pada tahun sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menganugerahkan pingat kepada Jong-un atas usahanya memperingati pengorbanan tentera Soviet yang terkorban di Korea Utara ketika Perang Dunia Kedua pada 1941-45. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!