Datang ke pejabat dengan kesan parut terkena minyak panas

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

KEPUTUSAN kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak Isnin lalu benar-benar memberikan kelegaan kepada banyak pihak selepas hampir dua bulan rakyat Malaysia ‘terkurung’ di rumah.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati-hati menjelang pelaksanaan PKPB yang bermula 4 Mei lalu dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) ketat.

Merak Jalanan bukan nak bercerita tentang PKPB sebaliknya keadaan fizikal kebanyakan mereka yang kembali bertugas di pejabat! Ketika Merak Jalanan mengambil wuduk di surau pejabat, Merak Jalanan terpandang beberapa rakan sepejabat yang mempunyai parut luka akibat terkena minyak panas.

Merak Jalanan dapat tahu tentang ‘kecederaan’ itu apabila terpandang muka dan wajah rakan-rakan pejabat.

Ada kesan tompok melecur di leher, pipi, kelopak mata dan pastinya ramai yang terkena minyak panas di tangan.

Ketika ditanya mereka masak apa, mereka kata ada yang terkena minyak panas ketika menggoreng ikan, goreng kentang dan goreng keropok lekor.

Wah... ini betul-betul bahana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)! Merak Jalanan jangkakan, mesti sepanjang tempoh perintah tersebut, mereka benar-benar ‘pulun’ di dapur menyediakan hidangan tambahan sepanjang menyambut bulan Ramadan.

Iyalah, mana nak buat ayam rendang lagi, nasi hujan panas, pulut panggang, puding karamel, tepung pelita dan banyak lagilah menu daripada air tangan sendiri.

Artikel Berkaitan:

Selain peristiwa di surau, ketika menghadiri satu mesyuarat dua hari lepas, dari jauh Merak Jalanan boleh nampak jari rakan yang duduk di sebelah turut ada kesan parut minyak panas. Kemudian, mata meleret ke tangan Merah Jalanan sendiri, nah... pun ada kesan parut terkena minyak panas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!