Hanya sebahagian 'asam garam' politik: Mazlan
JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyifatkan dakwaan konflik dengan UMNO negeri adalah cerita hangat, bersifat peribadi, dan dan bukan antara parti.
Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang menjelaskan ia hanya sebahagian daripada ‘asam garam’ dalam politik yang sepatutnya tidak menjadi keutamaan dan fokus terutama apabila negara menghadapi cabaran dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ketika ini.
“Jika ada sedikit pun isu itu, ia lebih bersifat peribadi dan bukan antara parti. Kami barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, juga tidak ada masalah,” katanya di sini hari ini.
Mazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri itu, berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan mengenai konflik antara Bersatu dan UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) di Johor. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!