Stesen minyak di Perak dibenar beroperasi 24 jam

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

IPOH - Semua stesen minyak di Perak dibenarkan beroperasi 24 jam setiap hari berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin lepas.

Kenyataan ringkas itu dimuat naik pada laman Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan, stesen minyak di negeri itu beroperasi pada waktu terhad iaitu dari 7 pagi hingga 7 malam.

Ia kemudian diselaraskan bermula 8 pagi hingga 8 malam semasa PKP fasa dua yang bermula pada 1 April. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!