ADUN Chini meninggal dunia
KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 59 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), awal pagi tadi.
Allahyarham yang berkhidmat sebagai ADUN Chini sejak Pilihan Raya Umum 11 (PRU11) difahamkan meninggal dunia akibat sakit jantung.
Kematian bekas Exco Hal Ehwal Felda ini disifatkan satu kehilangan besar bagi rakyat negeri ini terutama penduduk Chini, Pekan.
Khabar kematian Allahyarham dikongsi Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, YB Dato' Sri Abu Bakar Bin Harun (Ahli Dewan Negeri Chini) yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.
"Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," katanya melalui kenyataan ringkas melalui Facebook rasminya, pagi ini.
Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!