Mati dijerut, polis temui 10 cap jari di lokasi kejadian

No Image Caption
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Pasukan Forensik menemui 10 kesan cap jari di dalam rumah seorang wanita warga Indonesia yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di rumahnya di Flat Taman Universiti Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kesan cap jari itu akan dianalisa dan menjadi petunjuk kepada siasatan kes ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap si mati mendapati ada kesan jerut di lehernya dan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Bedah siasat akan dijalankan jam 10 pagi ini di Hospital Serdang bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditemui mati separuh bogel]

Semalam sekitar jam 7.45 malam polis menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan mayat seorang wanita.

Si mati yang bekerja sebagai tukang cuci telah menetap di Malaysia sejak lima tahun lalu berusia 38 tahun dan tiada dokumen pengenalan diri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!