Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang meninggal dunia
KUANTAN - Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Hasenan Harun, 61, meninggal dunia awal pagi ini.
Allahyarham yang juga Yang Dipertua Pas Maran menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.
Allahyarham bertanding mewakili Pas di kerusi parlimen Maran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu namun tewas kepada penyandang Datuk Seri Ismail Muttalib (Barisan Nasional).
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!