Covid-19: Sepanyol lanjut darurat sehingga 24 Mei

Daurat pertama kali berkuat kuasa di Sepanyol bermula 14 Mac lalu. - Foto 123RF
Daurat pertama kali berkuat kuasa di Sepanyol bermula 14 Mac lalu. - Foto 123RF
A
A
A

OVIEDO - Parlimen Sepanyol semalam mengundi untuk melanjutkan darurat sehingga 24 Mei bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Daurat pertama kali dikuat kuasa di negara ini bermula 14 Mac.

Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata, darurat satu-satunya cara untuk memastikan sistem kesihatan dan ekonomi berfungsi.

Usul itu diluluskan di Parlimen dengan 178 menyokong, 75 membantah dan 97 berkecuali.

Buat pertama kali sejak krisis Covid-19 bermula, parti pembangkang utama Sepanyol Parti Popular tidak menyokong langkah itu menyaksikan 88 anggota parlimen mengundi untuk berkecuali.

"Hanya Hungary, Poland dan Sepanyol yang mengisytiharkan darurat tanpa tarikh yang jelas.

"Ia boleh diterima pada awalnya... tetapi ia tidak boleh diteruskan selama-lamanya," kata pemimpin parti itu Pablo Casado.

Negara itu mengesahkan 220,325 kes Covid-19 dan 25,857 kematian.

Artikel Berkaitan:

Bilangan kematian dan jangkitan menurun dengan ketara, walaupun 857 orang lagi dilaporkan dimasukkan ke hospital pada Rabu.

Sepanyol kini berada dalam fasa pertama daripada empat fasa, menyaksikan negara ini secara beransur-ansur melonggarkan sekatan pergerakan yang antara paling ketat di dunia. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!