Sokong kerjasama PH bukan pendirian semua pimpinan Armada!

Armada Nasional semalam dalam satu kenyataan menyatakan sokongan untuk parti itu kembali bekerjasama dengan PH kerana menyokong pendirian Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO. - Foto fail Bernama
Armada Nasional semalam dalam satu kenyataan menyatakan sokongan untuk parti itu kembali bekerjasama dengan PH kerana menyokong pendirian Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan akhbar Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional semalam yang menyokong parti itu untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tidak menggambarkan keseluruhan pendirian pimpinan Armada.

Ketua-ketua Armada Bahagian menerusi satu kenyataan bersama hari ini memberitahu, hal itu tidak pernah dibincangkan bersama mereka sedangkan terdapat 191 Ketua Armada Bahagian termasuk di Sabah.

"Adakah Armada Nasional boleh menyenaraikan Armada bahagian dan negeri manakah yang menyokong kenyataan bersama itu (semalam)?

ARTIKEL BERKAITAN: Armada tolak UMNO, kembali kepada PH

Armada Perak tolak kerjasama dengan PH

Pertemuan Armada dengan Tun M 'pelik', 'terdesak'

"Rata-rata Ketua Armada Bahagian Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tidak menyokong sepenuhnya pendirian rasmi Armada Pusat pada 6 Mei 2020 yang memutuskan untuk kembali bekerjasama dengan PH.

"Ia (kenyataan sokong kerjasama dengan PH) secara tidak langsung hanya mengeruhkan krisis politik Bersatu yang berterusan," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Armada Nasional dalam satu kenyataan menyatakan sokongan untuk parti itu kembali bekerjasama dengan PH kerana menyokong pendirian Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamudin yang memberitahu keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang dihadiri Ketuanya, Syed Saddiq Abd Rahman sebahagian ahli Exco, Ketua Armada Negeri bersama Dr Mahathir.

Dalam pada itu, menurut kenyataan sama, pimpinan Armada Nasional diingatkan untuk menghormati struktur berorganisasi dalam parti dan jangan terlalu biadab untuk menjadi ‘jaguh politik dan menjadi lebih sudu dari kuah’.

Kenyataan itu turut mempersoal tindakan Syed Saddiq yang didakwa sering mengajar ahli Armada untuk bersifat biadab dengan melanggar struktur parti dan membelakangkan suara akar umbi serta kenyataan ketua-ketua bahagian.

"Apakah Armada ini parti dalam parti dan boleh sesuka hati membuat keputusan dasar untuk parti?

"Langsung dengan sifat kebudak-budakan pimpinan Armada pusat yang selalu 'temper tantrum'", katanya.

Kenyataan itu turut menyebut, apakah ia juga polemik politik Syed Saddiq dalam usaha untuk menunjukkan kekuatan sokongan di hadapan Dr Mahathir bagi mengekalkan beliau sebagai Ketua Armada Nasional pada pemilihan yang sedang berlangsung.

"Sebagai ahli parti perlu berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari 2020 yang memutuskan Bersatu keluar daripada gabungan PH dan keputusan itu kekal sehingga terdapat keputusan MPT terbaharu.

"Selain itu, tumpuan kini sepatutnya adalah mengukuhkan kerajaan yang ada di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan ahli parti dan rakyat terus mendapat manfaat dari kerajaan Perikatan Nasional yang diperakui oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!