Eriksen azam barisi kesebelasan utama Inter Milan

Christian Eriksen
Christian Eriksen
A
A
A

Bintang Denmark, Christian Eriksen berazam untuk sentiasa berada dalam kesebelasan utama Inter Milan apabila saingan Serie-A kembali bersambung selepas ini selepas pandemik Covid-19.

Eriksen berkata, dia juga akan sentiasa memastikan dirinya berada pada tahap terbaik demi merealisasikan hasrat berkenaan.

Malah Eriksen turut berazam untuk memastikan dirinya mendapat lebih minit beraksi bersama gergasi bola sepak Itali itu.

“Saya suka bermain bola sepak. Itu adalah motivasi terbesar saya dan matlamat utama saya adalah untuk menjadi pemain dalam kesebelasan utama pasukan.

“Saya hanya sempat beraksi bagi lapan perlawanan sejak datang ke sini (Seri-A) sebelum saingan ditangguhkan akibat wabak Covid-19,” katanya.

Untuk rekod, Eriksen menyertai Inter dari Tottenham Hotspurs Januari lalu dan hanya sempat diturunkan sekali dalam kesebelasan utama manakala selebihnya dia hanya dimasukkan sebagai pemain gantian.

Pemain berusia 28 tahun itu juga difahamkan telah menandatangani kontrak selama empat tahun setengah bersama Inter yang menghuni kedudukan ketiga sebelum Serie-A ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, Mac lalu.

Sementara itu Eriksen menafikan khabar angin yang mengatakan dia akan meninggalkan Inter dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

“Tidak, berita itu tidak benar. Lagi pun, sekarang, semua pemain dari pasukan yang beraksi dalam Serie-A melakukan latihan secara individu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!