Netanyahu, Gantz angkat sumpah jawatan minggu depan

Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz
Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz
A
A
A

BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz semalam bersetuju untuk mengangkat sumpah jawatan di bawah kerajaan perpaduan baharu pada minggu depan, lapor agensi berita Xinhua.

Kedua-dua pemimpin berkenaan berkata demikian dalam satu kenyataan semalam dan upacara angkat sumpah dijadual diadakan pada 13 Mei jika Parlimen meluluskan perjanjian kerajaan perpaduan itu.

Parlimen sudah bersiap sedia mengadakan pengundian sepanjang malam bagi membahaskan dan meluluskan kira-kira 1,000 cadangan pindaan dan perjanjian gabungan yang dikemukakan pembangkang, ia perlu diluluskan sebelum Khamis, tarikh akhir mandat yang diberikan kepada Gantz dan Netanyahu untuk membentuk kerajaan.

Tetapi kemudian, pihak pembangkang tiba-tiba menarik balik semua pindaan bertujuan untuk memalukan kerajaan gabungan baharu itu.

Netanyahu dan Gantz kemudian bertemu pada awal Rabu tetapi gagal mencari calon yang dipersetujui untuk memimpin kementerian kesihatan serta menyelesaikan beberapa isu lain.

Pada Rabu malam, 11 panel hakim Mahkamah Agung Israel sebulat suara menolak petisyen untuk membatalkan perjanjian perpaduan dan melarang Netanyahu memimpin kerajaan baharu.

Keputusan itu sekali gus menghapuskan halangan paling besar untuk membolehkan Netanyahu membentuk kerajaan perpaduan selepas pilihan raya pada 2 Mac.

Di bawah perjanjian perpaduan itu, Netanyahu terus berkhidmat sebagai perdana menteri selama 18 bulan sebelum diganti dengan Gantz.

Artikel Berkaitan:

Netanyahu pada Selasa memberi amaran jika Mahkamah Agung membatalkan perjanjian itu, Israel mungkin perlu mengadakan pilihan raya buat kali keempat.

Netanyahu, pemimpin parti Likud menjadi Perdana Menteri sejak 2009.

Beliau didakwa melakukan jenayah rasuah, penipuan dan pecah amanah dalam tiga kes berasingan. Perbicaraannya dijadual bermula pada 24 Mei di Mahkamah Daerah Baitulmaqdis. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!