Tujuh lokasi PKPD berakhir hari ini

Shahril Shamsir (tengah) menyerahkan makanan sahur kepada anggita Rela yang bertugas di Indera Mahkota.
Shahril Shamsir (tengah) menyerahkan makanan sahur kepada anggita Rela yang bertugas di Indera Mahkota.
A
A
A

KUANTAN - Tujuh lokasi di daerah Kuantan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkasa (PKPD) sejak 11 April lalu, berakhir hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, tujuh kawasan tersebut ialah Taman Mahkota Aman, Taman Mahkota Permai atau Taman Mahkota, Taman Indera Sempurna, Taman Sri Inderapura, Taman Pandan Perdana, Indera Mahkota 2 dan Felda Bukit Goh.

"Apabila penarikan PKPD ini dibuat saya memohon masyarakat jangan bertindak dan bergerak bebas. Setelah 51 hari menjaga pergerakan, janganlah kita lakukan perbuatan di luar kawalan dan akhirnya menghancurkan apa yang telah kita usahakan selama ini.

"Memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ada perubahan penyusunan atur gerak. Saya kira masyarakat pun telah menyedari pertukaran 'checkpoint' sekatan jalan raya namun saya berterima kasih kerana masyarakat Kuantan sabar memenuhi dan ikut peraturan," katanya.

Shahril Shamsir (tengah) menyerahkan makanan sahur kepada anggita Rela yang bertugas di Indera Mahkota.
Shahril Shamsir (tengah) menyerahkan makanan sahur kepada anggita Rela yang bertugas di Indera Mahkota.

Menurutnya, mereka yang akan memulakan perjalanan rentas negeri bermula hari ini hingga 10 Mei dinasihatkan mengikut arahan waktu perjalanan yang ditetapkan selain mengamalkan langkah pencegahan koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program singgah sahur anjuran Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) yang menyumbangkan 150 pek bungkusan makanan kepada anggota polis yang bertugas sekitar daerah Kuantan.

Sementara itu, Pengurus Besar PASFA, Shahril Shamsir Amran berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak polis yang banyak membantu PASFA mahupun petani dalam memasarkan produk ketika PKP berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pihaknya rasa terpanggil untuk menyantuni anggota polis, Rela dan golongan barisan hadapan yang bertugas sepanjang PKP sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada sumbangan mereka.

"Kita banyak memerlukan bantuan pihak polis terutama dalam memasarkan dan membantu petani walaupun dalam tempoh PKP. Jadi sedikit sebanyak bantuan sahur ini adalah sebagai tanda syukur dan terima kasih kita kepada pihak polis dan Rela," katanya.

Selain PASFA, pihaknya dibantu oleh Skuad Bencana Negeri Pahang dan syarikat swasta dalam penyaluran sumbangan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!