PKP: CIDB umum inisiatif kurang beban kontraktor

Fadillah
Fadillah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengumumkan beberapa inisiatif bertujuan mengurangkan beban kontraktor dan penggiat industri pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata, pengumuman inisiatif itu juga dibuat berdasarkan keadaan negara sedang mengalami cabaran kritikal dari segi kesihatan dan ekonomi akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, CIDB telah melihat semula proses dan transaksi berkaitan penggiat industri dan memperkenalkan beberapa perubahan di dalam tempoh jangka masa pendek dan masa panjang.

"Antara inisiatif itu termasuk kelonggaran syarat pendaftaran kontraktor, penangguhan bayaran levi untuk projek swasta dan penangguhan yuran latihan kompetensi kemahiran serta yuran Penilaian Kompetensi Kemahiran untuk pekerja tempatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!