Covid-19: Kes positif kekal dua angka, tiada kematian
PUTRAJAYA - Bilangan kes positif baharu wabak koronavirus (Covid-19) kekal dua angka dengan 39 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di Malaysia adalah seramai 6,467 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu satu kes melibatkan kes import, manakala selebihnya penularan tempatan.
"Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 38 kes, di mana sebanyak lapan kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Sehingga kini, seramai 19 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, lapan kes
memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang akhbar perkembangan kes Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 74 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada
hari ini.
Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari CoviI-19 dan telah discaj daripada wad adalah
sebanyak 4,776 kes atau73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
"Ingin dimaklumkan juga bahawa tiada kes kematian berkaitan wabak itu direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes kekal 107 orang," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!