SOP solat jemaah di masjid dibentang esok

Ahmad Marzuk menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan sempena Program Inspirasi Musaadah Ramadan YaPEIM di YaPIEM Sungai Lalang di sini hari ini.
Ahmad Marzuk menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan sempena Program Inspirasi Musaadah Ramadan YaPEIM di YaPIEM Sungai Lalang di sini hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kertas cadangan standard operasi prosedur (SOP) solat jemaah di masjid akan dibentangkan semula ke Muzakarah Kebangsaan esok.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kertas cadangan itu telah dibentangkan ke Kabinet semalam dan diminta untuk diteliti semula.

Menurutnya, langkah itu dibuat sebelum keputusan membuka semula masjid dan surau diumumkan kerajaan sekiranya mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Setakat ini kertas cadangan berhubung perkara itu telah beberapa kali dibentangkan kepada MKN dan Kabinet yang kemudian diminta untuk dibawa semula kepada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam situasi berdepan pandemik Covid-19.

"Penambahbaikan daripada cadangan yang asal pun kita dah bentangkan," katanya ketika ditemui melancarkan Program Inspirasi Musaadah Ramadan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di YaPIEM Sungai Lalang di sini hari ini.

Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk

Menurutnya, Kabinet memberi mandat kepada Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri untuk membawa semula kepada Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Islam bagi membincangkan keperluan dan meneliti secara lebih terperinci sebelum kerajaan membenarkan masjid dan surau dibuka.

"Prosesnya begitu, kita dah bawa ke MKN, MKN dah bawa ke mesyuarat Kabinet dan Kabinet memutuskan untuk membawa sekali lagi kepada Muzakarah Kebangsaan yang melibatkan pakar dalam bidang perubatan, cendekiawan agama termasuk mufti dan pemegang taruh berkaitan agama.

Artikel Berkaitan:

"Insya- ALLAH sekiranya dilihat dan diteliti lebih awal, bahawa kita sudah berada pada tahap yang amat sesuai untuk kita laksanakan SOP amalan di masjid, maka kita ada kesempatan untuk melaksanakan di bulan Ramadan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sejumlah 16,000 bakal jemaah haji yang menerima surat tawaran mengerjakan ibadat haji tahun ini telah membuat persiapan, namun pada masa sama mereka bersedia menghadapi sebarang pengumuman yang akan dibuat kerajaan Arab Saudi.

"Kita ada buat kunjungan ke Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur yang mana mereka telah memberikan komitmen untuk memberitahu secara lebih awal, keputusan kebenaran mengerjakan haji.

"Bagaimanapun bergantung kepada situasi semasa Covid-19, namun setakat ini tiada keputusan yang dimuktamadkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!