Sambut raya dengan normal baharu

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

TAHUN 2020 adalah tahun yang kita bayangkan sebagai tahun yang penuh dengan kemajuan, pembangunan dan tahun yang hebat buat Malaysia.

Namun segalanya tidak sama seperti yang kita jangkakan. Tahun ini, dunia dijarah oleh virus koronavirus atau Covid-19 dengan cara yang tidak pernah kita fikirkan. Seluruh dunia berada dalam keadaan lockdown.

Alhamdulillah keadaan di negara kita tidak seteruk seperti negara lain terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat.

Rakyat kita mula turun bekerja dan mengamalkan gaya hidup baharu dengan mengutamakan kebersihan diri dan penjarakkan sosial sejak Isnin lalu.

Hanya tinggal 16 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sambutan ini adalah perayaan terbesar di Malaysia. Tiap-tiap tahun kita menyambutnya dengan penuh meriah dan kaum-kaum lain pun menyambutnya sekali.

Kita terpaksa menerima hakikat bahawa tiada bazar Ramadan tahun ini dan kita juga sudah mula menerima saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak membenarkan kita merentas negeri untuk menyambut hari raya di kampung nanti.

Kita menerimanya kerana kita mempunyai peranan untuk memutuskan jangkitan Covid-19 ini. Kita tidak mahu keluarga di kampung terkena virus pembunuh ini.

Jadi kepada golongan yang berada di bandar kerana desakan kerja, adakah kita perlu membeli baju raya tahun ini?

Artikel Berkaitan:

Jawapannya adalah Aidilfitri tetap disambut. Baju raya kita boleh gunakan baju raya tahun-tahun sudah, atau tidak salahpun nak beli baju raya baharu.

Selain itu, kita boleh juga menerokai kemungkinan berziarah ke rumah saudara dan rakan-rakan menggunakan televideo. Kita boleh sambungkan laptop atau komputer ke televisyen dan gunakan webcam.

Dengan teknologi yang ada pada hari ini, ia boleh dilakukan. Dengan cara itu tradisi ziarah menziarahi tidak putus walaupun badan kita tiada di situ. Semoga ia hanya untuk tahun 2020 sahaja. Tahun hadapan Insya-ALLAH kita boleh menyambung tradisi ziarah menziarahi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!